IPOH: Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang terlibat insiden langgar lari hingga mengorbankan dua beradik di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, Sungai Siput semalam, direman empat hari. Perintah reman terhadap lelaki warga tempatan berusia 50-an itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Terdahulu, suspek yang berpakaian serba hitam dan bergari dilihat tiba di pekarangan IPD Ipoh pada pukul 10 pagi dengan diiringi polis sebelum proses permohonan reman terhadapnya selesai kira-kira sejam kemudian. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, perintah tahanan reman ke atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya