Konsert Pamungkas, Nadhif Basalamah di Kuala Lumpur Mei ini - Utusan Malaysia

Konsert Pamungkas, Nadhif Basalamah di Kuala Lumpur Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula dengan lagu yang tular di platform TikTok, rezeki memihak kepada dua penyanyi Indonesia, Pamungkas dan Nadhif Basalamah apabila diundang untuk mengadakan konsert khas buat peminat di Kuala Lumpur.

Konsert Malam Melankolia yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Mei itu bakal dimeriahkan dengan lagu romantis yang menjadi kegilaan generasi hari ini.

Pamungkas yang sebelum ini pernah mengadakan konsert di Malaysia, bakal sekali lagi menghiburkan pendengar dengan lagu popularnya seperti To The Bone, Kenangan Manis dan One Only.

Tampil dengan muzik yang mempunyai sentuhan folk dan indie-pop, Nadhif berjanji bakal memberi persembahan memukau buat penampilan sulungnya di Malaysia.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan penonton Malaysia kepada melodi-melodi emosional Pamungkas dan Nadhif Basalamah.

“Konsert ini, akan diserikan dengan tema-tema romantis dan melankolis yang biasa ditemui dalam muzik dan lirik mereka.

“Peminat boleh menjangkakan sebuah malam yang sangat emosional, untuk kedua-dua artis dan penonton,” kata Rendra R. Saputra selaku penganjur, KIG Live.

Tiket mula dijual bermula dengan harga dari RM550 (Marigold VIP), RM300 (Rose Free Standing), RM220 (Lily Free Standing), RM300 (Orchid Numbered Premium Seating), dan RM250 (Daisy Numbered Seating) di www.kiglive.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya