PETALING JAYA: Pengeluar produk kesihatan dan kebersihan Kleenso Resources Sdn. Bhd. memanfaatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan menyasarkan Malaysia sebagai hub pembuatan dan pengedaran ke peringkat global.
Pengarah Urusan, Lee Teck Meng berkata, pensijilan halal Jakim yang diperoleh penting untuk meyakinkan pengguna dan menembusi pasaran terutama di negara-negara Islam.
Menurut beliau, ini kerana pensijilan halal Jakim melibatkan proses yang terperinci dan perlu mematuhi peraturan ketat pihak berkuasa itu.
“Ini bermakna segala bahan yang digunakan perlu menepati standard ketat yang ditetapkan Jakim.
” Dengan mengikuti prosedur, keluaran syarikat kami iaitu Kleenso Serai Wangi Eco Pest Repellent Cleaner berjaya mendapat sijil halal Jakim,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Teck Meng berkata, pensijilan halal adalah standard keselamatan makanan terbaik dan diiktiraf di seluruh dunia.
“Ia menjadi pencetus inisiatif kami untuk melihat lebih banyak produk keluaran Klenso yang berkualiti tinggi dan mendapat sijil halal.- UTUSAN