IPOH: Polis masih mengesan suspek yang bertanggungjawab membaling objek berisi minyak tanah ke arah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor minggu lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, usaha kini sedang dijalankan dengan mengumpul maklumat dan risikan untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan. “Setakat ini seramai tujuh individu telah diambil keterangan membabitkan saksi dan pekerja kedai serbaneka itu. “Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek terlibat yang mana identitinya belum dikenal pasti,” katanya. Beliau berkata kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas dan Pemakaian Pangkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya