Khatib mohon maaf, khutbah Aidilfitri sentuh bab politik

Khatib mohon maaf, khutbah Aidilfitri sentuh bab politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA: Khatib solat sunat Aidilfitri, Untung Cahyono membuat permohonan maaf berhubung isi kandungan khutbah yang disampaikan menyentuh tentang Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024, baru-baru ini.  

Khutbah berkenaan disampaikan di kawasan padang Taman Bantul, Yogyakarta, Rabu lalu. 

Selepas peristiwa itu, Untung memohon maaf dan berharap kejadian itu boleh menjadi pengajaran buatnya.

“Kami meminta maaf atas apa telah terjadi yang menyebabkan orang ramai tersinggung dengan pendapat kami. 

“Secara peribadi, sebagai orang biasa kita perlu menjadi lebih matang. Kita perlu berhati-hati, lebih-lebih lagi apabila bercakap di hadapan orang ramai,” kata Untung di sebuah restoran di Banguntapan, Bantul, hari ini.  

Untung mengakui banyak lagi perkara yang perlu dipelajari, susulan isu politik yang menjadi isi kandungan khutbah. 

“Ya, sebagai seorang Islam saya perlu belajar banyak perkara. 

“Mengkritik itu memang sesuatu yang penting kerana ajaran Islam itu sendiri adalah untuk saling mengingatkan antara satu sama lain,” katanya. 

Berhubung kejadian itu, Untung menegaskan beliau akan lebih banyak berkomunikasi dengan warga tempatan sebelum menyampaikan khutbah. 

“Apabila bercakap dengan bergantung bahan teks, saya perlu sedar untuk memberi perhatian kepada teks sebelum membacanya,” katanya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video dalam media sosial mengenai sejumlah jemaah meninggalkan lokasi solat sunat Aidilfitri ketika khatib masih menyampaikan khutbahnya.

Menerusi rakaman video itu, kedengaran ucapan khatib yang menyentuh tentang Pemilu 2024. 

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang jemaah meninggalkan lokasi berkenaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN