Kesan letusan gunung berapi risiko untuk penerbangan

Kesan letusan gunung berapi risiko untuk penerbangan

GUNUNG Ruang menghamburkan lahar panas dan asap di Pulau Sangihe semalam. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Insiden letusan Gunung Berapi Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia sejak pagi kelmarin menyebabkan terbentuknya awan debu yang menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjelaskan, ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki atau kira-kira 16.76 kilometer (km).

Katanya, bencana alam itu turut menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak.

“Bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

“Pada masa ini, Indonesia telah mempertingkat amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (Awas) dan menjangkakan Gunung Berapi Ruang terus aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

“MetMalaysia akan terus memantau kesan letusan Gunung Berapi Ruang terhadap negara,” katanya.

Terdahulu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia hari ini mengeluarkan amaran potensi tsunami selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara yang meletus semalam.

Susulan itu, penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan pantai di Pulau Tagulandang diingatkan untuk berjaga-jaga dan peka dengan sebarang amaran potensi tsunami yang dikeluarkan.

Sementara itu, syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.

Malaysia Airlines mengumumkan pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur sementara lapan penerbangan lagi melibatkan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur.

Bagi AirAsia pula, pihaknya telah membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya