Kes wanita tikam kekasih semasa hubungan intim selesai

Kes wanita tikam kekasih semasa hubungan intim selesai

MUHAMAD Zaki Harun memberi nasihat kepada pengguna jalan raya selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat 22/2024 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Binjal, Kota Bharu, Kelantan hari ini. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan mengesahkan siasatan berkait kes seorang wanita menikam kekasihnya semasa melakukan hubungan intim yang mayat mangsa ditemukan di Dataran Lemang, Manek Urai, Kuala Krai, pada 1 April lalu sudah selesai.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Sebagaimana siasatan awal kita, kes ini dipercayai berlaku semasa kedua-dua mereka berada di dalam bilik dan itu pengakuan dibuat oleh wanita berkenaan.

“Bagaimanapun itu hanya pengakuan….tidak ada bukti lain. Pada masa sama, siasatan kita turut melihat kepada sudut pertahankan diri yang dibuat oleh wanita berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Ops Selamat 22/2024 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 di Binjal di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Aminudin Abd. Aziz.

Muhamad Zaki memberitahu, selepas melihat dari pelbagai sudut kematian banyak kemungkinan yang timbul kerana mangsa ditemukan di tempat lain dan bukan di lokasi kejadian.

Selepas ditikam ada banyak lagi kemungkinan lain kerana kejadian sudah beberapa hari.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan susulan (NFA),” ujarnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati selepas dipercayai ditikam oleh kekasihnya semasa hubungan intim dalam kejadian di Kuala Krai.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak dan sedarkan diri di hadapan tandas awam dekat Dataran Lemang, Manek Urai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN