PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengekang amalan kebebasan bersuara di negara ini, namun, pada masa sama tidak membiarkan kebebasan memfitnah daripada terus berleluasa. Itu reaksi diberikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung laporan tahunan kumpulan hak asasi manusia global, Amnesty International terhadap Malaysia bagi tempoh 2023 dan 2024 yang dilancarkan semalam. Fahmi berkata, kerajaan setakat ini tidak pernah menahan mana-mana wartawan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Malah, katanya, tidak ada satu akhbar ditutup oleh pihak kerajaan dan mana-mana wartawan yang menulis laporan terus menulis laporan. “Kita harus tahu membezakan antara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya