Kemeriahan menjelang Aidilfitri di Perlis - Utusan Malaysia

Kemeriahan menjelang Aidilfitri di Perlis

KANAK-kanak gembira bermain bunga api menjelang Aidilfitri di Arau, Perlis semalam.- UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri di negeri ini semakin dirasai dengan para perantau sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan lebaran bersama ahli keluarga tersayang.

Kebanyakkan perantau sudah mula tiba di negeri ini sejak Sabtu lalu dan dijangka kemasukkan ke negeri ini bertambah menjelang sehari sebelum Aidilfitri.

Di jalan- jalan raya di negeri ini yang lazimnya tenang juga mulai sesak dengan kenderaan iaitu fenomena yang disaksikan setahun sekali.

Selain itu, bazar-bazar Aidilfitri yang sebelum ini suram juga mula meriah dan padat dengan orang ramai yang mengambil kesempatan membeli belah kelengkapan raya di saat akhir.

Perkembangan tersebut sekali gus memberi sedikit sinar kepada para peniaga yang sebelum ini merungut jualan perlahan.

Tinjauan Utusan Malaysia di pasar-pasar pagi sekitar negeri ini juga mendapati orang ramai mula penuh sesak sejak awal pagi bagi membeli keperluan menyediakan juadah raya.

Seorang perantau, Zaim Hashim,38, berkata, dia tiba dari Kuala Lumpur semalam bagi meraikan Aidilfitri bersama ayah dan ibu di kampung halaman Arau di sini.

Katanya, dia bersama isteri akan menghabiskan cuti seminggu sempena hari raya ini dan kini mereka sedang sibuk melakukan persiapan akhir dalam menyambut lebaran ini.

“Setiap tahun sememangnya saya akan balik beraya di Perlis dengan kampung halaman isteri juga di kawasan berdekatan, jadi tidak timbul soal bergilir-gilir pulang beraya.

“Sejak semalam Perlis mula meriah apabila perantau-perantau sudah mula pulang ke hampung halaman,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN