SHAH ALAM: PKR melancarkan strategi baharu ke arah mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) melalui dua kerangka iaitu Keadilan Menang PRU16 (Kemas16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 (POP25). Kerangka tersebut dibina sebagai usaha memastikan PKR terus mentadbir negara selain menentukan parti terus relevan untuk 25 tahun akan datang. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua lapisan kepemimpinan sama ada di peringkat pusat, negeri, cabang dan ranting perlu bergerak aktif dan memantau pergerakan jentera parti secara dekat. “Kalau kita ada Kemas16 dan POP25, langkah berikutnya adalah melaksanakan kata-kata, ranting mesti hidup,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya