PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon, Bella Astillah memaklumkan anaknya tidak tahu menahu tentang kewujudan ‘kekasih gelap’ suaminya, Aliff Aziz yang membuat pendedahan menerusi akaun Instagram, Sarah Yasmine hari ini.
Siti Zarina Astillah berkata, Bella juga tidak tahu tentang pendedahan yang tular di media sosial tersebut kerana sedang sibuk dengan penggambaran.
“Isu apa itu? Bella tidak tahu apa-apa pasal itu (pendedahan kekasih Aliff Aziz). Dia tengah shooting sekarang,” katanya.
Usaha Utusan Malaysia mendapatkan maklum balas Bella gagal kerana dia tidak mengangkat panggilan dan menjawab pesanan.
Terdahulu, seorang wanita dipercayai warganegara Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan dirinya sebagai ‘kekasih gelap’ Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurut wanita terbabit, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.