GEORGE TOWN : Pegawai Waran II (PW II) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Noorfarahimi Mohd. Saedy yang terkorban dalam nahas helikopter di Padang Sitiawan, Lumut, Perak disifatkan sebagai seorang yang sangat mengambil berat akan perihal adik-beradik serta ipar-duainya yang lain. Perkara tersebut diakui sendiri oleh adik iparnya, Nur Shaqirah Mat Isa, 34, ketika ditanya mengenai sikap anak keempat daripada lima beradik itu ketika hayatnya. Menurut Nur Shaqirah, arwah yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu sangat rapat dengan hampir semua orang yang dikenalinya. “Kiranya kalau ada apa-apa isu (berbangkit) dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya