PARIT: Seorang kanak-kanak lelaki dua tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tasik di Masjid An-Nur, Seri Iskandar di sini hari ini. Mangsa, Hadi Zulkanain Muhammad Huzaifah dijumpai pasukan penyelamat pada pukul 4.25 petang pada jarak tiga meter dari tebing tasik. Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat ahli keluarga singgah di masjid terapung berkenaan untuk menunaikan solat Zohor. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, Muhammad Ashraf Mat Isa berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.19 petang dengan sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya