Kami sibuk bekerja, sempat jumpa peluk di tepi jalan - Fasha Sandha - Utusan Malaysia

Kami sibuk bekerja, sempat jumpa peluk di tepi jalan – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kami sangat sibuk bekerja. Masing-masing ada penggambaran, jadi sempat peluk cium di tepi jalan sahaja.”

Demikian perkongsian pelakon, Fasha Sandha ketika ditanya pertindihan jadual penggambaran dengan suami yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz.

Kongsi Fasha, ketika itu Aidil sedang sibuk menjalani penggambaran filem Harimau Malaya manakala, dia sibuk dengan drama Malang Si Puteri maka jadual kerja masing-masing bertindih.

“Bila saya baru nak pergi kerja, dia baru nak balik kerja. Jadi, kami berjumpa di tepi jalan sahaja. Berdekatan dengan rumah. Kami peluk cium di tepi jalan sebab jadual kerja kami yang ‘lari’ selama lebih kurang 10 hari. 

“Tapi bagi kami, momen indah itu merapatkan lagi hubungan kami suami isteri sebab tak pernah sampai lebih seminggu dalam situasi begitu.

“Saya sendiri tidak pernah sangka kami akan sesibuk itu, berjumpa di tepi jalan, salam sebelum pergi kerja dan sebagainya,” ujarnya,

Tambah Fasha lagi, biarpun mereka suami isteri sibuk dengan kerjaya seni masing-masing, namun tidak pernah pun terbit rasa ralat atau penyesalan dengan kesibukan kerja.

Kami okay saja dan tak ada rasa ralat atau menyesal pun. Itu bermaksud, kami suami isteri kena cari cara terbaik untuk bertemu. Macam orang bercinta. Lebih sweet kan.

“Walaupun sekejap, kami pastikan ada juga masa untuk kami. Kadang-kadang kalau dia habis awal, dia datang ke set saya sekejap walaupun penat dan pulang ke rumah. 

“Kesibukan ini mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Tidak ada menjarakkan kita sebab kami faham kerja masing-masing,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN