Kaki bengkak, lebam berlutut 10 jam depan Syafiq Kyle - Utusan Malaysia

Kaki bengkak, lebam berlutut 10 jam depan Syafiq Kyle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan mengalami kecederaan ringan apabila kepala lututnya bengkak dan lebam semasa penggambaran filem Sheriff: Narko Integriti.

Bercerita lanjut, penyanyi Semua Sudah itu perlu melakonkan sebuah babak di dalam gudang dadah yang memintanya berlutut di hadapan pelakon, Syafiq Kyle selama sepuluh jam.

“Kecederaan saya bukan datang daripada aksi, sebaliknya adegan berlutut di depan Syafiq. Kami mengambil masa sangat lama untuk rakam babak tersebut kira-kira 10 jam menyebabkan lutut saya lebam.

“Babak tersebut mungkin nampak sekejap di layar, tapi percayalah di sebalik tabir, ia sangat lama,” katanya.

Elizabeth atau Lizzy ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana dan sidang media filem Sheriff: Narko Integriti, baru-baru ini.

Dalam nada sebak, Lizzy terharu mengenangkan sudah tiga kali diberi kepercayaan untuk membintangi naskhah arahan, Syafiq Yusof.

“Saya tahu ada ramai lagi pelakon lebih hebat daripada saya. Namun saya sangat bersyukur kerana pengarah masih mempercayai saya.

“Saya bermula sebagai penyanyi dengan lagu yang rancak. Tapi saya sedar, saya bukanlah penyanyi yang bagus seperti Ernie Zakri atau Aina Abdul.

“Kemudian saya menjadi pelakon dan ambil masa yang agak lama untuk orang sedar bahawa saya seorang pelakon.

“Lakonan lama-lama, kalau saya tengok sendiri pun geli. Tapi banyak yang sudah saya pelajari dan tambah baik,” jelasnya.

Walaupun sempat terluka membaca komen warganet mengenai lakonannya di media sosial, Lizzy bagaimanapun enggan patah semangat kerana lakonan adalah cinta pertamanya.

“Ada seorang individu komen di cuplikan filem Sheriff cakap tak suka tengok saya berlakon sebab lakonan saya tak menjadi.

“Ia memberi kesan kepada diri saya. Tapi saya mahu penonton tahu bahawa saya sudah lakukan yang terbaik.

“Saya tidak mahu mengalah kerana lakonan ialah minat saya sejak kecil,” katanya.

Filem tersebut dengan klasifikasi umur 16 tahun sudah mula ditayangkan semalam di pawagam seluruh negara dan berjaya meraih kutpian lebih RM1 juta.

Turut sama membintangi naskhah ini ialah Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Syafiq Kyle dan Zul Ariffin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya