IPOH: Jualan daging lembu pada harga Rahmah sempena Aidilfitri oleh penyanyi Datuk Jamal Abdillah di pekarangan bangunan MBI di sini hari ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Daripada 10 ekor lembu yang disembelih dengan berat anggaran 1,000 kilogram daging, semuanya habis dijual dalam masa tidak sampai dua jam pagi tadi. Ini menyebabkan penyanyi itu menambah sembelihan lima ekor lembu lagi untuk dijual pada petang. Jamal, 64, berkata, beliau tidak menyangka jualan daging lembu raya pada harga Rahmah yang dijalankan beliau dengan kerjasama Perak SADC itu mendapat sambutan sedemikian Menurutnya, ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya