PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan Program Jualan Rahmah (PJR) Adilifitri melibatkan 302 lokasi di seluruh negara bermula semalam hingga 9 April ini. Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. “Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya