PETALING JAYA: Taktik sindiket penyeludupan rokok dan arak yang mengikrar barangan dibawa sebagai tuala dan lampu halaman terbongkar menerusi dua pemeriksaan berasingan di Pelabuhan Klang pada 21 Mac dan 2 April lalu. Kedua-dua pemeriksaan melibatkan kontena yang membawa minuman keras dan rokok seludup dianggarkan bernilai RM885,000 dan jumlah cukai serta duti sebanyak RM708,250 dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, serbuan pada 2 April pukul 4.40 petang itu melibatkan pemeriksaan sebuah kontena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya