PETALING JAYA: Seperti memahami situasi yang sedang ditempuhi pelakon, Bella Astillah, ratu dangdut, Amelina berharap agar wanita itu terus kuat dan tabah dengan ujian yang perlu ditempuhinya.
Kongsi Amelina, Bella tidak perlu berasa malu dengan apa yang telah dan sedang dilalui malah mengakui kesilapan itu adalah cara terbaik untuk mengingatkan diri sendiri supaya tidak lalai dan terus kuat.
Jangan toleh ke belakang. Buang! Orang teraniaya Allah sayang. Rezeki anak-anak sentiasa ada.
“Cuma jadikan nawaitu awak melangkah itu bukan kerana kecewa atau dendam tetapi kerana memperjuangkan nasib diri dan anak-anak,” katanya.
Tambah penyanyi Semakin Rindu Semakin Asyik itu lagi, masyarakat tidak akan selamanya kasihan dan bersimpati dengan dugaan yang ditempuhi maka kita perlu bangkit sendiri demi masa depan.
“Selepas ini, awak hanya perlu dapatkan kekuatan semangat awak. Jangan biarkan diri awak ditatih oleh orang. Awak kena faham, selagai nawaitu kita di landasan yang benar kita akan tenang.
“Percayalah, serahkanlah diri awak, anak-anak awak ke dalam lindungan Allah. Insya-Allah awak akan tenang-setenang Kak Long sekarang,” kongsinya.