PETALING JAYA: Polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah yang dipercayai taktik terbaharu sindiket penipuan. Ini berikutan video tular baru-baru ini menunjukkan hadiah berupa botol air yang diagihkan mempunyai cetakan kod pengimbas (kod QR). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Bukit Aman), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kod QR itu akan membolehkan orang ramai memenangi kupon tunai bernilai RM200. Katanya, hakikatnya apabila diimbas, mangsa akan diminta untuk memasukkan maklumat perbankan yang kemudiannya akan mengakibatkan mereka kehilangan wang daripada akaun bank. “Adalah diingatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya