PEMINAT tidak boleh menidakkan impak lagu Aku Cinta Padamu yang menjulang nama Datuk Seri Siti Nurhaliza pada tahun 1997. Lagu tersebut antara yang melonjakkan penyanyi tersohor berkenaan sehingga beliau menjadi sebutan bukan sahaja di Malaysia, malah Indonesia. Tentu Siti Nurhaliza hari ini masih tidak melupakan jasa pasangan suami isteri, L.Y dan Baiduri atau nama sebenar mereka, Rozman Shafie dan Norkhayati Mohd. Hashim yang menciptakan lagu itu untuknya. Besar sumbangan dua figura ini kepada dunia seni tanah air. Kebolehan mencipta lagu yang baik dan bersifat malar segar tidak perlu pembuktian lagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya