Jakim panggil Vern's beri penjelasan kalimah Allah pada tapak kasutJakim panggil Vern's beri penjelasan kalimah Allah pada tapak kasutJJ

Jakim panggil Vern’s beri penjelasan kalimah Allah pada tapak kasut

SEPASANG kasut bertumit tinggi seakan-akan tertera kalimah Allah yang dijual di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama kasut tempatan, Vern’s yang terpalit dengan dakwaan memaparkan logo seakan kalimah Allah di tapak kasutnya akan dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Vern’s akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu yang berbangkit.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkannyakepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam satu kenyataan,
semalam.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial selepas seorang pengguna Mohd. Haridz mendakwa logo dipercayai seakan kalimah Allah tertera di bahagian tapak kasut isterinya yang baru dibeli.

Menurutnya, sepasang kasut berjenama Vern’s itu dibeli untuk isterinya bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Susulan itu ia menimbulkan kemarahan orang Islam terutama apabila isu sama terjadi tidak lama sebelum ini berkait dengan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah dani djual di KK Super Mart.

Antara lain, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh turut menggesa syarikat tersebut memberi penjelasan dalam tempoh 24 jam sekiranya tidak mahu produknya diboikot.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN