PUTRAJAYA: Isu ekonomi dan masa depan penduduk tempatan adalah tumpuan utama Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB). Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya sudah mengenal pasti isu yang dibangkitkan penduduk serta pengundi di kawasan berkenaan. Beliau berkata, sejumlah perkara yang dibangkitkan sama ada oleh penduduk atau pengundi di KKB serta apa yang dijanjikan oleh mendiang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) KKB akan menjadi keutamaan. “Maklum balas yang kami terima, fokus bagi pengundi di KKB, berkait isu ekonomi dan masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya