Israel arah tutup sekolah rancang serangan balas

Israel arah tutup sekolah rancang serangan balas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Semua aktiviti persekolahan di Israel diarahkan tutup seketika sebagai langkah persediaan tentera negara itu melancarkan serangan balas terhadap Iran.  

Arahan itu dikeluarkan oleh Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari yang melarang semua aktiviti pendidikan dan perkhemahan musim panas selepas Iran melancarkan dron dan peluru berpandu. 

“Perubahan itu juga merupakan langkah persediaan tentera Israel bagi mempersiapsiagakan rancangan serangan balas hingga hari Isnin. 

“Semua bekalan elektrik juga akan diputuskan. Di kawasan hijau, bekalan elektrik disalurkan terhad kepada 1,000 orang sahaja dan tempat kerja beroperasi seperti biasa,” katanya.   

Kementerian Pendidikan Israel turut mengeluarkan arahan sama yang meminta semua aktiviti pendidikan termasuk taska, tadika dan sekolah berasrama dibatalkan. 

Hagari turut melarang penduduk negara itu berkumpul dalam skala besar dengan maksimum hanya 100 orang di tempat terbuka, manakala, 300 orang di lokasi tertutup. -AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya