Iraq lancar lima roket ke pangkalan tentera AS di Syria

Iraq lancar lima roket ke pangkalan tentera AS di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Sebanyak lima roket dikesan dilancarkan dari Iraq yang menyasarkan pangkalan tentera Amerika Syarikat di Syria.

Menurut sumber pegawai keselamatan, roket itu dilepaskan oleh pejuang yang tidak dikenali dari kampung berdekatan di Zummar, 60 kilometer barat laut Mosul.

Susulan itu, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pasukan media keselamatan yang bergabung dengan Komando Operasi Bersama Iraq mengenai usaha menjejaki penyerang tersebut yang melancarkan roket pada 9.50 malam (watu tempatan) pada Ahad.

Pasukan keselamatan berjaya menemukan pelancar roket di atas kenderaan dan membakarnya.

Pihak tentera masih meneruskan usaha pencarian penyerang terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

Serangan itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani pulang dari lawatan bertemu Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya