Iran lancar dron, peluru berpandu serang Israel - Utusan Malaysia

Iran lancar dron, peluru berpandu serang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Iran melancarkan lebih 200 dron, peluru berpandu jelajah dan peluru berpandu balistik terhadap Israel, kira-kira pukul 3 pagi tadi (waktu tempatan).

Bagaimanapun, sistem pertahanan Israel dan sekutunya di rantau itu berjaya memintas ‘sebahagian besar’ peluru berpandu dan dron serta ditembak jatuh di luar wilayah Israel.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, bunyi siren amaran dan letupan kuat kedengaran di semua lokasi yang terancam dan pertahanan negara itu bersedia menanganinya.

“Tentera Amerika Syarikat juga berjaya menembak beberapa dron milik Iran yang disasarkan ke Israel,” katanya.

Serangan balas dendam itu dilancarkan susulan Israel menyerang konsulatnya di Damsyik sehingga mengorbankan tujuh pegawai tertinggi tentera, 1 April lalu. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN