Intan Ladyana selamat lahirkan anak kedua - Utusan Malaysia

Intan Ladyana selamat lahirkan anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Intan Ladyana, selamat melahirkan anak kedua pada iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 12:45 tengah hari tadi.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya yang juga penyanyi dan pelakon, Harris Aliff menerusi sebuah video di Instagram Story.

“Alhamdulillah baru lepas buat panggilan video.

“Harris junior sudah selamat dilahirkan,” katanya.

Semasa panggilan video itu, Harris bersama anak sulungnya, Avie Khadeejah sementara ibunya ada bersama Intan sejak pagi tadi.

“Kejap lagi kita pergi tengok adik ya,” kata Harris kepada anaknya dalam video tersebut.

Terdahulu, Harris dan Intan selamat disatukan sebagai suami isteri pada 5 Februari 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak sulung, Avie Khadeejah, pada 31 Januari 2022.

Harris dan Intan sempat mencuri perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga walaupun berbeza usia 17 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya