Infaq 1,000 kampit beras ringankan beban golongan asnaf - Utusan Malaysia

Infaq 1,000 kampit beras ringankan beban golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Sebanyak 1,000 kampit beras telah disumbangkan kepada golongan asnaf, warga emas serta rumah anak yatim oleh Kedai Emas Perling bagi membantu dan meraikan bersama mereka yang kurang berkemampuan.

Pengasasnya, Nurul Aini Muslim, berkata, sumbangan ini dilakukan kerana menyedari kenaikan harga barangan yang menyukarkan golongan kurang berkemampuan membelinya.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong komuniti tempatan, terutama mereka yang menghadapi cabaran ekonomi.

“Selain itu, usaha ini juga bagi berkongsi rezeki dan mencari keberkatan dalam perniagaan yang saya lakukan” katanya selepas majlis program infaq Kedai Emas Perling Prihatin, disini, hari ini.

Dengan harapan sumbangan ini dapat membawa kelegaan kepada mereka yang memerlukan, Kedai Emas Perling Prihatin berusaha untuk menjadikan musim perayaan ini lebih bermakna untuk golongan memerlukan.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi kejayaan dan cabaran perniagaannya yang dimulakan dari bawah.

“Sebelum ini, perniagaan saya boleh dikatakan agak suram dan kurang menyerlah, dari segi sale pula menunjukkan penurunan.

“Jadi, saya mengambil inisiatif bersama kaki tangan untuk melakukan perubahan dari segi bentuk strategi pemasaran dan jualan, Alhamdulillah usaha itu menunjukkan peningkatan sehingga hari ini” ujarnya.

Dengan tagline ‘Mewah Bergaya Simbol Anggun Wanita Sempurna’, Kedai Emas Perling yang dibuka pada tahun 2016 memiliki dua cawangan antaranya di Taman Perling dan di Paradigm Mall, Johor Bharu juga mempunyai lebih 50 dulang emas yang dipamerkan didalam premis.

Ibu tunggal kepada dua cahaya mata yang juga bekas arkitek itu turut berkongsi bukan mudah untuk beliau mencapai kejayaan seperti sekarang jika tidak berhadapan dugaan dan cabaran.

“Saya mengambil keputusan dan risiko menjual rumah untuk mendapatkan modal perniagaan, sebelum ini perniagaan kek dan jubah yang diusahakan pernah kecundang.

“Saya menjadikan dugaan itu sebagai motivasi untuk terus bangkit” jelasnya.

Antara promosi menarik yang ditawarkan ialah diskaun sebanyak RM5 bagi setiap gram emas yang dibeli khas buat pelanggan kelahiran negeri Johor.

Emas Perling turut menawarkan lebih 1,500 pilihan cincin dan lebih 800 jenis pilihan rekaan rantai tangan, ‘gold bar’ dan dinar emas, sekali gus menjadi pilihan peminatnya yang tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya