PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menumpaskan sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan penahanan tiga warga Indonesia di Setapak dan Ampang, Khamis lalu. Serbuan pukul 12.15 tengah hari itu dilakukan di dua premis terbabit oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Pegawai Penguatkuasa (Farmasi), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tangkapan melibatkan tiga warga Indonesia termasuk seorang lelaki yang semuanya berusia 25 hingga 50 tahun. Menurut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya