Iftar Jamaie rai 100 penghantar makanan - Utusan Malaysia

Iftar Jamaie rai 100 penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Seramai 100 penghantar makanan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan peribadi daripada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi Iftar Jamaie “Food Rider” yang diadakan hari ini.

Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berkata, program berkenaan hasil cetusan ideanya yang ingin membantu kumpulan penghantar makanan dalam bulan Ramadan ini.

Katanya, dalam masa yang sama program sedemikian dapat memeriahkan lagi kawasan tersebut.

“Sebenarnya majlis iftar ini satu cetusan idea tiba-tiba dengan penganjur nak meraikan orang-orang di sini dan menjadikan kawasan ini lebih meriah,” katanya ketika ditemui di SACC Walk, di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, sumbangan yang diberikan hari ini secara peribadi daripadanya dalam bentuk bakul makanan manakala Al-Faruq pula menyumbangkan kurta yang boleh dipakai ketika Aidilfitri tidak lama lagi.

Sementara itu, Nurulhidayah mengajak pelbagai pihak untuk sama-sama bersedekat di bulan yang mulia ini dengan menumpukan golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebenarnya kita memasuki 21 Ramadan fasa terakhir saya mengajak semua orang, sahabat saya beri sumbangan untuk penghantar makanan.

“Besarnya pahala pecutan terakhir, jadi ini adalah satu galakan juga bersama sama bersedekah,” katanya
Ketika majlis, beliau sempat beramah mesra dengan peniaga-peniaga di SACC Walk sebelum dan selepas berbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya