KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil memohon diberikan kebenaran untuk membuat permohonan maaf terbuka dan tanpa syarat berhubung tindakannya yang dikatakan telah menghina mahkamah membabitkan prosiding perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu. Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, permohonan tersebut dinyatakan dalam surat representasi yang dihantar melalui emel ke Jabatan Peguam Negara pada 25 Mac lalu. Bagaimanapun, ujar Ahmad Akram, beliau perlu mendapatkan arahan daripada Peguam Negara berhubung representasi dan memohon agar diberikan satu tarikh pengurusan kes. Perkara itu disahkan oleh peguam, Jamie…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya