PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan yang menyamar sebagai ejen jualan pihak bank dan meminta mangsa mendedahkan nombor kad pengenalan bagi tujuan pengesahan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ejen ini akan menggunakan talian telefon bimbit untuk membuat panggilan kepada pelanggan bank seterusnya mereka akan meminta pengesahan kebiasaannya empat angka akhir kad pengenalan mangsa. “Jangan ambil risiko kerana terbukti dengan hanya menjawab panggilan kurang 10 minit, mangsa boleh kerugian puluhan ribu ringgit. “Ramai keliru apabila dihubungi oleh penjenayah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya