EPULUH tahun berada dalam industri seni, nama pelakon dan penyanyi cantik ini sememangnya sudah tidak perlu lagi diperkenalkan. Bagaimanapun, dalam meniti kehidupan sebagai seorang pelakon dan penyanyi, tentunya Elizabeth Tan juga tidak terlepas daripada ‘serangan’ pertanyaan daripada peminat mengenai perkara peribadi. Maklum sahajalah, dia juga merupakan isteri orang dan tentunya sebagai wanita yang sudah berumah tangga, pertanyaan mengenai zuriat sering menjadi topik bualan. Mengakui masih menanti dan berusaha untuk menimang cahaya mata sebagai penambah seri keluarga, dia yang mesra disapa sebagai Lizzy, bagaimanapun tidak mahu tertekan memikirkan perkara itu biarpun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya