KANGAR: Harga barangan keperluan menjelang sambutan Aidilfitri di negeri ini berada dalam keadaan stabil dan tidak menunjukkan sebarang kenaikan yang membebankan. Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Farah Adlina Ropaie berkata, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati harga barangan keperluan seperti ayam, daging, cili, halia, timun dan beberapa lagi tidak menunjukkan kenaikan harga. Selain itu, katanya, bekalan juga mencukupi bagi menampung permintaan pengguna. Katanya, KPDN sentiasa menggerakkan semua anggotanya bagi menjalankan pemeriksaan di peringkat pemborong dan peruncit bagi mengesan mana-mana pihak yang menaikkan harga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya