SEPANG: Hafizul Hawari, 38, suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada 14 April lalu didakwa atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh isterinya dan mencederakan pengawal peribadi mangsa. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah di Mahkamah Sesyen Sepang di sini, pagi ini. “Faham, tidak (mengaku tidak bersalah),” katanya ringkas bagi kedua-dua pertuduhan. Azrol kemudian menetapkan 11 Jun depan untuk sebutan semula kes dan pada masa sama menolak permohonan untuk menjamin tertuduh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya