PETALING JAYA: Penempatan seramai 6,034 guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara diharap dapat menangani isu keciciran pembelajaran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd. Azizee Hassan berkata, perkembangan intervensi kurikulum yang dilaksanakan sebulan lalu dilihat bergerak perlahan dan belum menampakkan hasil. “Situasi ini berlaku walaupun guru-guru telah dipanggil untuk mengukuhkan pengajaran subjek matematik dan sains. “Pengumuman sebanyak lebih 6,000 pengambilan guru COS, baru-baru ini diharapkan dapat menangani isu keciciran pembelajaran ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Rabu lalu, KPM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya