MANADO: Agensi Vulkanologi melaporkan Gunung Ruang di Indonesia meletus beberapa kali, hari ini, dengan tahap waspada dinaikkan ke tahap tertinggi.
Letusan gunung berapi itu menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan dan sebuah lapangan terbang antarabangsa berhampiran ditutup.
Gunung berapi yang terletak di kawasan terpencil wilayah Sulawesi Utara, meletus pada pukul 1.15 pagi (waktu tempatan) dan dua kali selepas itu.
Gunung berapi itu mengeluarkan debu setinggi lebih lima kilometer (KM) ke udara.
Agensi itu juga sudah menguatkuasakan semula zon keselamatan sejauh enam KM dan penduduk tempatan dinasihatkan supaya berhati-hati susulan kemungkinan menyebabkan ancaman tsunami akibat lahar letusan mengalir ke dalam laut. -AFP