Gencatan senjata: Hamas tolak tuntutan Israel bebaskan tawanan

Gencatan senjata: Hamas tolak tuntutan Israel bebaskan tawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Pejuang Hamas menolak cadangan gencatan senjata oleh Israel yang menuntut kembali tebusan yang diculik sejak serangan 7 Oktober, tahun lalu. 

Hamas menegaskan sebarang tuntutan dan perjanjian adalah mesti menamatkan serangan yang tercetus di Gaza sejak enam bulan lalu, lapor Reuters.  

Jelasnya, pihaknya juga sudah menyerahkan jawapan kepada Mesir dan Qatar selaku negara pengantara berhubung syor yang dibincangkan sejak Isnin lalu. 

“Kami berpegang utuh dengan tuntutan rakyat negara ini bagi menoktahkan serangan ini menerusi gencatan senjata sepenuhnya.  

“Tentera Israel perlu berundur dari seluruh Semenanjung Gaza, rakyat yang menjadi pelarian perlu bebas pulang ke rumah sendiri serta aliran kemasukan bantuan dipertingkatkan dan pembinaan semula kediaman yang musnah,” katanya. 

Menurut Hamas, pihaknya hanya bersedia memuktamadkan perjanjian sekiranya Israel bersetuju melakukan pertukaran antara tebusannya dengan ratusan rakyat Palestin yang dipenjarakan di Israel. 

Difahamkan, seramai 133 tebusan Israel dipercayai masih berada di Gaza. 

Israel belum mengeluarkan maklum balas rasmi mengenai permintaan Hamas itu. 

Hamas mengeluarkan kenyataan itu, beberapa hari selepas Israel membunuh ahli keluarga ketua kumpulan pejuang itu, Ismail Haniyeh di Gaza. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya