Gempa bumi Taiwan: 600 mangsa masih terperangkap

Gempa bumi Taiwan: 600 mangsa masih terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Lebih 600 mangsa termasuk 450 orang di sebuah hotel di Taman Negara Taroko masih terperangkap di pelbagai lokasi akibat ditimpa runtuhan batu susulan gempa bumi yang melanda Taiwan, Rabu lalu. 

Empat individu dilaporkan masih hilang di laluan Shakadang yang terkenal sebagai kawasan pergunungan. 

Usaha mencari dan menyelamat mangsa disambung semula selepas dibatalkan Jumaat lalu kerana guguran susulan. 

Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan lebih 1,000 cedera akibat gempa bumi berukuran 7.2 skala Richter yang melanda di luar pantai timur Taiwan.  

Semalam, pasukan penyelamat bercadang membawa masuk peralatan berat bagi menyelamatkan dua mayat yang tertimbus di bawah batu di laluan mendaki. 

Di bandar Hualien, sebuah bangunan yang dibiarkan condong di atas jalan sedang dirobohkan dengan berhati-hati

Dalam pada itu, dua daripada lapan warga Singapura dilaporkan masih hilang. -CNA  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya