JIKA anda mengikuti ulasan filem saya di ruangan ini, anda mungkin maklum bahawa saya merupakan antara peminat naskhah air tangan pengarah muda, Syafiq Yusof. Baru-baru ini saya ke panggung selepas dimaklumkan filem terbaharunya, Sheriff: Narko Integriti sudah bersedia bertemu penonton. Mungkin kuah tumpah ke nasi, Syafiq dilihat akrab menukang karya dengan genre aksi dan kepolisan sama seperti bapanya. Namun Syafiq bukan Yusof Haslam. Dia harus membangun daya kreatifnya sendiri. Maka Sheriff mungkin adalah sebuah pembuktian bahawa naskhahnya akan selalu hadir dengan tingkat prestasi lebih cemerlang berbanding filem-filemnya sebelum ini. Sheriff…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya