PADANG BESAR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu diurus dengan lebih baik dalam memastikan agensi tersebut terus kekal relevan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Felda perlu memainkan peranan dengan melaksanakan tadbir urus yang baik seiring dengan keadaan semasa. Katanya, agensi berkenaan juga perlu meninggalkan pengalaman lalu yang merugikan bagi membawa Felda lebih baik pada masa hadapan. “Tadbir urus Felda yang baik bukan hanya terhad kepada pengurusan semata-mata tetapi membabitkan seluruh warga Felda di negara ini,” katanya sewaktu berucap pada majlis berbuka puasa Madani peringkat negeri ini di Felda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya