Fasha Sandha elak beraya di kampung trauma dijangkiti Covid-19

Fasha Sandha elak beraya di kampung trauma dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fasha Sandha menegur sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang keluar beraya walaupun disahkan dijangkiti Covid-19.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fasha berkata sikap tersebut boleh membawa maut terutama kepada golongan yang berisiko tinggi.

“Virus ini berbahaya, sebab itu saya sangat beremosi. Saya sangat trauma dengan apa yang berlaku.

“Mungkin mulai tahun depan, saya memilih untuk tidak beraya di kampung bagi mengelak perkara begini terjadi.

“Bila kita di kampung, takkan kita nak duduk dalam bilik atau pakai topeng pelitup muka dan sarung tangan saja.

“Kalau ada orang yang nak peluk cium, takkan kita nak tolak? Itu pun ada yang terguris hati,” tulisnya.

Selepas dijangkiti covid sejak hari raya pertama, isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu memilih untuk berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan keluarga dan diri sendiri.

“Kepada mereka yang mendoakan keluarga kecil kami, terima kasih banyak dan saya sangat hargai semua doa yang baik-baik,” katanya.

Mengintai ruangan komen, kebanyakan netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Fasha.

“Saya setuju apa yang ditulis oleh fasha, kita ambil dari sisi positif. Bagi orang lain mungkin isu ini biasa, tapi kena ingat Covid-19 kalau kena pada orang yang berisiko memang bahaya.

“Bagi kami yang pernah kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 sangat terkesan sebab sikap pentingkan diri sendiri,” tulis netizen.

“Ramai yang ambil mudah dengan Covid-19. Tolong jangan pentingkan diri, kita yang sakit tekak, selesema dan batuk pon sudah rasa tak larat,” kata netizen lain. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN