Enggan sebut pasal Sarah Yasmine, “Saya cuma fokus kerja sahaja,” - Meerqeen - Utusan Malaysia

Enggan sebut pasal Sarah Yasmine, “Saya cuma fokus kerja sahaja,” – Meerqeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Seakan sedang menahan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang memakan diri, pelakon, Meerqeen, 22, mengakui hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya sahaja pada waktu ini.

Bercakap kepada pemberita, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam berkata, sebarang isu membabitkan wanita yang juga kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine, bukan keutamaan untuk dilayan meskipun sedar dirinya menjadi sasaran ‘serangan’ netizen sejak beberapa hari lalu.

“Tiada apa yang mahu dikatakan ketika ini kerana semua datang ke sini untuk filem terbaharu saya, Harimau Malaya.

“Saya cuma nak fokus kepada kerja sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya anjuran 4ward sempena filem Harimau Malaya dan Terkutuk di Hotel Le Meridien, di sini, hari ini.

Berkongsi lanjut, kata Meerqeen, dia kini sedang menjalankan penggambaran drama Cinta Untuk Sekali Lagi, justeru tidak mahu isu berbangkit itu menganggu kerjanya.

“Tiada komen mengenai ini, anda pun boleh nampak saya makan dengan gembira.

“Saya jujurnya tidak mengikuti perkara yang sedang berlaku sekarang ini sebab saya pun sedang menjalankan penggambaran drama yang agak ‘intense’ jadi sekarang saya lebih fokus pada kerja saya dan juga diri saya. Itu saja,” katanya.

Malah, kata Meerqeen, dia juga tidak membaca komen-komen netizen di media sosial.

“Sebenarnya saya tiada masa untuk sesiapa walaupun saya pun keluarga saya pun dalam tiga atau empat jam sahaja. Keluarga saya tahu saya macam mana.

“Dalam industri ini saya hanya menjalankan kerja saya sebagai pelakon, saya tak tahu apa yang orang katakan sekarang ini tapi saya tahu apa yang saya lakukan kerana yang penting adalah kerja dan keluarga saya,” katanya.

Terdahulu, ketika ditemubual pemberita baru-baru ini, Meerqeen menyatakan Sarah Yasmine adalah peminatnya.

Bagaimanapun, Sarah menidakkan perkara itu dan mendakwa mereka pernah menjalinkan hubungan sekitar Ogos dan September tahun lalu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pembabitannya dalam filem Harimau Malaya: The Untold Journey, Meerqeen berkata, dia seronok bekerja untuk filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu.

“Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Saya seronok bekerja dengannya dan mengharapkan peminat dapat menerima lakonan saya dengan baik,” katanya.

Filem Harimau Malaya: The Untold Journey mengisahkan kebangkitan semula Harimau Malaya selepas kemerosotan yang membawa kepada peletakan jawatan jurulatih Tan Cheng Hoe pada Januari 2022.

Naskhah ni turut membariskan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya