SUNGAI PETANI: Sebanyak empat kematian akibat demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 yang turut mencatatkan peningkatan kes sebanyak 19.1 peratus di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, kematian itu membabitkan individu berusia 25 hingga 70 tahun. Menurutnya, dua kematian direkodkan di Kuala Muda, manakala masing-masing satu kematian di Baling dan Kulim berbanding tiada kematian bagi tempoh sama tahun lalu. “Kes demam denggi yang berlaku pula meningkat daripada 1,301 kes kepada 1,550 kes iaitu peningkatan sebanyak 249 kes bagi tempoh berkenaan,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya