Empat disiasat sebar maklumat palsu Tilawah al-Quran

Empat disiasat sebar maklumat palsu Tilawah al-Quran

mcmc
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terhadap empat pemilik akaun Facebook yang disyaki menyebarkan kandungan palsu mengenai penganjuran  Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2024.

Suruhanjaya itu memaklumkan, penyebaran kandungan berkenaan dikesan berlaku dalam aplikasi Facebook menerusi beberapa akaun.

“Semalam, empat  daripada beberapa pemilik akaun Facebook yang disyaki membuat penghantaran kandungan tersebut telah dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan oleh pihak MCMC.

“Beberapa lagi individu akan dipanggil selepas ini bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” kata MCMC  dalam kenyataan hari ini. 

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, MCMC  mengenal pasti individu yang terlibat menyebarkan maklumat palsu yang mendakwa majlis tilawah dan hafazan al-Quran dibatalkan pada tahun ini.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik mesej terancang seumpama itu bukannya kali pertama malah dikesan sejak Februari lagi.

MCMC berkata, semua data yang dimuat naik oleh individu-individu tersebut  direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan. Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Mengikut kenyataan itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara  satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC menasihatkan  orang ramai tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan kandungan tidak sahih atau palsu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya