Dua maut, lapan cedera nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Dua maut, lapan cedera nahas dua kenderaan

KEADAAN kenderaan terlibat kemalangan yang menyebabkan dua maut di Kilometer 46, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli dekat Gerik hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Dua maut manakala lapan lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 46, Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli di sini sebentar tadi.

Difahamkan, dua mangsa yang maut dalam nahas itu merupakan pasangan suami isteri.

Kejadian sekitar pukul 12.23 tengah hari itu turut mengakibatkan tiga mangsa lain dipercayai anak pasangan berkenaan iaitu seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera.

Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki kelima-lima mangsa dan sebuah kereta Toyota Innova dinaiki seorang lelaki dan empat wanita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood ketika dihubungi memaklumkan laporan penuh berkaitan kes itu akan dikongsikan bersama media. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN