PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati membabitkan dua buah helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini. Baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah, semoga ahli keluarga kepada mangsa-mangsa nahas tabah menghadapi dugaan ini. Titah Sultan Sharafuddin Idris, baginda difahamkan bahawa kesemua 10 orang kru yang juga anggota TLDM meninggal dunia dalam kejadian tersebut. “Selaku Kepten Yang Dipertua TLDM, beta ingin menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan tragedi menyayat hati yang berlaku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya