KULIM: Polis menahan dua individu termasuk pemilik sebuah rumah kebajikan orang tua di sini berikutan aduan seorang lelaki warga emas di situ dipukul. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 36 tahun yang merupakan pembantu rumah kebajikan tersebut pada pukul 11.30 malam tadi. Katanya, penahanan dilakukan berikutan aduan daripada seorang wanita pada pukul 3.50 petang semalam mengenai seorang lelaki warga emas yang dipukul menggunakan kayu. “Terdapat empat rakaman video memaparkan seorang warga emas dipukul yang tular di media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya