Doa saya diperkenan - Adira Suhaimi - Utusan Malaysia

Doa saya diperkenan – Adira Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: “Alhamdulillah, saya sangat tenang.”

Demikian maklum balas penyanyi terkenal, Adira Suhaimi selepas sah bercerai talak satu dengan suami, Datuk Adnan Abu atau Datuk Red, semalam.

Adira, atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, memaklumkan dia bersyukur kerana Allah S.W.T telah menentukan yang terbaik untuknya.

“Itu (perceraian), adalah perkara yang tetap terjadi. Sudah berbulan-bulan saya minta petunjuk, dan berbulan-bulan juga saya solat istikharah. Bukan baru sehari dua.

“Tapi kebelakangan ini, tidak lagi petunjuk yang saya mohon daripada Tuhan. Sebaliknya minta dipermudahkan segala urusan.

“Alhamdulillah, doa saya diperkenankan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Adira dan Datuk Red sah bercerai talak satu pagi semalam
dekat Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.

Adnan melepaskan lafaz (cerai) dihadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar kira-kira pukul 9.45 pagi.

Adira dalam masa yang sama melafazkan persetujuan tanpa tuntutan nafkah daripada bekas suaminya itu.

Penyanyi berkenaan sebelum ini memfailkan permohonan cerai pada 25 Oktober lepas atas alasan tiada persefahaman.

Adira dalam pada itu menyuarakan kesediaan untuk memberi sepenuh komitmen untuk membesarkan empat cahaya matanya dengan bekas suaminya tersebut.

“Saya mahu fokus besarkan anak-anak dan urusan penjagaan itu tetap akan berlaku secara sama rata.

“Tumpuan saya juga selepas ini adalah untuk mencari pendapatan. Jadi tak ada tempoh bertenang selepas bercerai, banyak tanggungjawab yang perlu diteruskan termasuklah urusan perniagaan yang saya usahakan sekarang.

“Apa pun saya amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan bagi saya, Alhamdulillah,” katanya lagi.

Bekas pasangan suami isteri itu berkahwin pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya