KUALA TERENGGANU: Semua aktiviti di luar kelas termasuk merentas desa perlu ditangguhkan berikutan musim cuaca panas dan kering yang melanda Terengganu ketika ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, semua sekolah perlu mematuhi arahan tersebut bagi mengelak sebarang risiko kesihatan terhadap pelajar dan murid. Menurutnya, tiada sebarang aktiviti luar bilik darjah apabila suhu mencapai 35 darjah Celcius tiga hari berturut-turut sebagaimana garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). “JPNT sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid-murid khususnya dalam cuaca panas yang melanda negara.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya